BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bagaimana mengurus jenazah.

1. APA HUKUM MENGHIAS KUBUR?




LETAK SIMEN, BATU MARMAR, POKOK-POKOK TUMBUHAN, ANAK-ANAK BATU DAN SEBAGAINYA.ADAKAH TUMBUHAN DAN ANAK-ANAK BATU ITU DAPAT BERZIKIR UNTUK MAYAT?



a. Hias kubur : haram kerana pembaziran dan takut disembah-sembah dan diagung-agungkan.



b. Simen dan batu marmar : jika tanah persendirian, hukumnya makruh pada sesetengah pendapat



Ulamak Syafie yang terkemudian.Ulamak-ulamak lain mengatakan haram.



Jika tanah wakaf (seperti tanah perkuburan umum) maka sepakat mengatakan haram



c. Datang hadis yg menunjukkan digalakkan meletak pokok-pokok kecil dan tumbuhan hidup, syarat



tidaklah besar dan merosakkan tanah perkuburan. Anak batu dikiaskan dengan pokok sebab



setiap benda hidup bertasbih kepada Allah berdasarkan Ayat Al-Quran : Surah Al-Isra’, ayat 44.







2. HUKUM AUTOPSY (BEDAH SIASAT ). ADAKAH MAYAT TERSEKSA?



Ya, mayat memang terseksa dengan perbuatan manusia kepada jasadnya. Adapun dari segi hukum, dibenarkan autopsy dalam masalah jenayah bagi menyelesaikan kes tersebut jika berkaitan dengan orang yang masih hidup, dengan syarat persetujuan waris si mati. Lain-lain keadaan tidak dibenarkan sebab menyiksa mayat.







3. MACAM MANA PENGURUSAN JENAZAH BAGI MAYAT YANG BERKECAI?



MANDI, KAFAN, SEMBAHYANG DAN KEBUMI.



Anggota tersebut dikutip dan dimandikan (dibasuh) jika boleh dikenakan air. Jika tidak, cukup dgn



ditayammum. Kemudian dikafan (dibungkus dgn kain) disolatkan dan ditanam seperti biasa.







4. BAGAIMANA HENDAK MENGURUSKAN ANGGOTA BADAN YANG BERPISAH DARI TUBUH KITA DAN TAK DAPAT DISATUKAN KEMBALI SEDANGKAN KITA MASIH HIDUP (CONTOHNYA PATAH JARI).



Sunat membungkus dengan kain dan menanam anggota tersebut kerana menghormati kejadian anak adam.







5. KALAU DALAM KES SEPERTI TSUNAMI, MACAMANA HENDAK MENGURUSKN MAYAT-MAYAT TERSEBUT YANG RAMAI DAN TIDAK TAHU AGAMA APA.



Perlu menguruskan jenazah tersebut seperti pengurusan orang Islam jika terdapat di kalangan mereka orang Islam tetapi tak dapat dikenali. Kemudian disolatkan ke atas mereka dengan niat solat untuk jenazah orang Islam daripada mayat tersebut. Hukum ini seperti keadaan melibatkan kemalangan yang tidak dapat dikenali orang Islam daripada orang bukan Islam. Ia difatwakan oleh Syeikh Bin Baz, Syeikh Abd Razik Afifi, Syeikh Abdullah Ghadyan, Lujanh Fatwa dan Kajian Ilmiah (8/375).







6. MACAM MANA PERJALANAN RUH APABILA SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA? KENAPA KITA PERLU BERHATI-HATI SEMASA MENGURUSKAN JENAZAH? ADAKAH JENAZAH MERASA SAKIT JIKA BERKASAR?



Urusan ruh adalah daripada ilmu yang tersembunyi di sisi Allah Taala. Cuma berdasarkan ayat



Al-Quran dan hadis, ulamak mengatakan ruh manusia selepas keluar dari badan akan berada di sisi jasadnya dan melihat orang yang menangisi pemergiannya. Kemudia dia akan dihantar ke kubur untuk dikebumikan dan di dalam kubur akan dikembalikan ruh kepada jasadnya untuk di soal oleh malaikat mungkar dan nakir, samaada diberi nikmat atau disiksa. Kemudian ruh orang mukmin akan di tempatkan Illiyyin, dan ruh orang celaka akan di tempatkan di Sijjiin (al-Mutaffifin:7-21). Di sana mereka akan mendapat nikmat atau diberi azab. Kecuali ruh para syuhada’, mereka berada di dalam paruh burung warna hijau di dalam syurga, mendapat nikmat dari buah-buah syurga dll (hadis sahih). Terkecuali juga ruh para nabi, mereka berada di dalam kubur dalam keadaan mereka bersolat dan beribadat kepada Allah(hadis isra’ mikraj, Rasulullah melihat Nabi Musa bersolat dalam kuburnya)(sahih Muslim/Bab Kelebihan Musa A.S).







7. HUKUM TABUR AIR MAWAR DEKAT KUBUR?KENAPA PERLU TABUR?



Tak perlu tabur. Hukumnya adalah bidaah. Yang disebut ulamak, ialah menjiruskan air sahaja, dengan tujuan untuk merapatkan tanah dan memadatkannya. Ada pun air yang berbau seperti air mawar, tidak disunatkan dan bidaah mewangikan kubur.







8. LELAKI-LELAKI ATAU WANITA-WANITA YANG MATI KETIKA IKUT SERTA DALAM PEPERANGAN



(CONTOHNYA SEBAGAI JURURAWAT ATAU DOKTOR) . ADAKAH KENA URUSKAN JENAZAH SEPERTI



BIASA ATAU DIKIRA SYAHID?



Takrif syahid dalam istilah fiqh : Orang yang ikut serta berperang melawan kafir dalam medan



perang. Adapun doktor dan jururawat yang ikut serta dalam peperangan untuk merawat orang



Islam, maka tidak dikira syahid, kecuali dia turut ikut serta berperang. Namun begitu, mereka ini



mendapat juga pahala syahid. Cuma tidak diuruskan seperti orang yang mati syahid dalam



peperangan. Mereka dimandikan, dikafankan, disolat dan dikafan seperti biasa. Cuma pahala



mereka besar, dan dikira syahid akhirat.







9. CINCIN DAN GIGI EMAS YANG TIDAK DAPAT DIKELUARKAN PADA MAYAT. MACAMANA NAK URUSKAN?



Gigi emas, jika dapat buang kena buang kerana ia menjadi harta pusaka kepada waris. Jika tidak boleg dibuang, biarkan.



Cincin juga demikian, kena buang kerana menjadi harta si waris. Jika tidak dapat, selepas dimandikan mayat tersebut, hendaklah ditayammumkan, kerana ganti kawasan yang tidak kena air itu.







10. ORGAN IMPLANTATION (JANTUNG, BREAST,KAKI, TANGAN DAN SEBAGAINYA YANG PALSU) PADA MAYAT. ADAKAH KENA BUANG?



Tidak perlu buang, kerana menyiksa mayat.







11. KALAU JENAZAH SEDANG UZUR BAGI PEREMPUAN, ADAKAH PERLU MANDI WAJIB UNTUK DIA TERLEBIH DAHULU?



Tidak perlu, sebab mandi mayat telah mencukupi untuk demikian itu.







SOALAN LAIN :



1. BERKENAAN JUDI :



· CONTOHNYA MEMBAYR WANG PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN BOLA SEPAK, DAN HANYA PEMENANG SAHAJA YANG MENDAPAT HADIAH. ADAKAH DIKIRA JUDI?



· CONTOH LAIN : MEMBELI BORANG PERADUAN CONTOHNYA TEKASILANG KATA DAN PEMENANG UTK PERADUAN ITU KALAU RAMAI AKAN DIBUAT CABUTAN BERTUAH. YANG TAK MENANG TAK DAPAT APA2. ADAKAH ADA UNSUR JUDI DISINI? MACMNE PULA KALAU PEMBELIAN ITU SEBENARNYA ADALAH SEBAGAI SEDEKAH CONTOHNYA UTK PEMBINAAN MASJID. DAN DUIT TERSEBUT SERATUS PERATUS DISALURKAN KEPADA MASJID. DAN DUIT UTK HADIAH BUKAN DARIPADA HASIL JUALAN BORANG TERSEBUT.



Sila rujuk: http://amadanaksoleh.blogspot.com/2009/03/fi-adakah-hadiah-futsal-judi.html



2. HUKUM JUAL AL-QURAN ATAU TAFISR AL-QURAN.



Pada pendapat jumhur, harus utk jual Quran, walau pun yg seeloknya tidak. Ini adalah kerana bayaran tersebut utk kos kertas dan pencetakan. Adapun tafsir boleh untuk dijual.







3. YANG MANA LEBIH AFDHAL BG SUAMI : SOLAT BERJEMAAH DI MASJID ATAU DI RUMAH(BERSAMA ISTERI)?



Bergantung, jika ketiadaan suami akan mematikan surau di kampungnya (menjadi tidak imarah dan tidak dihudupkan) maka lebih elok bg suami utk ke masjid. Kerana jemaah dalam satu kampung adalah fardhu kifayah. Dan sememangnya org lelaki digalakkan bersolat di masjid.



Bersolat jemaah di rumah dgn isteri, adalah harus. Tetapi jemaah dirumah tidak menggugurkan fardhu kifayah solat jemaah di kampung tersebut.